Yeonsangun dari Joseon

Yeonsan-gun atau Putera Yeonsan (Hangul: 연산군; Hanja: 燕山君; Sebutan bahasa Korea: [jʌnsɐnɡun]; Jawi: ‏ڤوترا يونسن‎‎; lahir 23 November 1476 - 20 November 1506, memerintah 1494-1506) dilahirkan Yi Yung, adalah raja ke-10 Dinasti Joseon Korea. Baginda ialah anak sulung Raja Seongjong dan isteri keduanya, Permaisuri Yun yang digulingkan. Baginda sering dianggap sebagai penzalim terburuk Dinasti Joseon , dan mungkin juga seluruh sejarah Korea, terkenal kerana melancarkan dua pembersihan berdarah sarjana elit seonbi. Baginda juga merampas seribu wanita dari pelbagai wilayah untuk dijadikan penghibur istana, dan menjadikan balai belajar Seonggyungwan sebagai tempat kesenangan peribadi. Sebagai raja yang digulingkan, Yeonsan-gun tidak menerima nama kuil.